just nk gtau aritu msuk pertandingan tulis puisi menang hadiah sagu hati..actually my cetusan pertama is tgok hadiah die dpt duit..kbtulan plak time tu pokai..haha i wrote this thing the night before the closing date..hebat tak hebat tak? :D
Terlintaskah dalam
benakmu
Bahawa hari Zalzalah
itu pasti tiba
Saat matari lupa
landasannya
Dan manusia tidak lagi
mampu berbuat apa-apa
Terbayangkah dalam
cetek akalmu
Tika Waqi’ah itu
berlaku
Gunung bakal hancur
jadi debu
Langit bakal runtuh
meranap buana penuh dosa
Dan seperti kelkatu
bertebaran keadaan manusia
Tenang, bagi mereka
yang patuh,
Sentiasa terjaga oleh
pukul tabuh
Cemas, bagi mereka yang
leka,
Nafsu mayapada
dijadikan raja
Terlukiskah dalam jahil
fikiranmu
Bila tiba hari Haqqah
itu
Manusia akan dipisah
kepada dua
Kanan yang dijamin Ma’wa
Kiri yang dijanji Ladhaa
Maka,
Tercebiskah ragu dalam dirimu
Saat Qiyamah menjengah
tiba
Dalam golongan mana
kamu berada?
Terdetikkah dalam noda
hatimu
Rasa resah atas
kekufuran terhadap Nya
Rasa gelisah atas
kezaliman pada manusia
Rasa gundah atas
kebinasaan pada dunia?
Muhamad Shahir Che Safie
930715-10-5983
Kelas MD 72,
Kolej Mara Seremban
berpuisi dia. huyyooo
ReplyDelete