Saturday, March 23, 2013

S.N Shahir haha!

hi hi
just nk gtau aritu msuk pertandingan tulis puisi menang hadiah sagu hati..actually my cetusan pertama is tgok hadiah die dpt duit..kbtulan plak time tu pokai..haha i wrote this thing the night before the closing date..hebat tak hebat tak? :D


Terlintaskah dalam benakmu
Bahawa hari Zalzalah itu pasti tiba
Saat matari lupa landasannya
Dan manusia tidak lagi mampu berbuat apa-apa

Terbayangkah dalam cetek akalmu
Tika Waqi’ah itu berlaku
Gunung bakal hancur jadi debu
Langit bakal runtuh meranap buana penuh dosa
Dan seperti kelkatu bertebaran keadaan manusia
Tenang, bagi mereka yang patuh,
Sentiasa terjaga oleh pukul tabuh
Cemas, bagi mereka yang leka,
Nafsu mayapada dijadikan raja

Terlukiskah dalam jahil fikiranmu
Bila tiba hari Haqqah itu
Manusia akan dipisah kepada dua
Kanan yang dijamin Ma’wa
Kiri yang dijanji Ladhaa

Maka,
 Tercebiskah ragu dalam dirimu
Saat Qiyamah menjengah tiba
Dalam golongan mana kamu berada?


Terdetikkah dalam noda hatimu
Rasa resah atas kekufuran terhadap Nya
Rasa gelisah atas kezaliman pada manusia
Rasa gundah atas kebinasaan pada dunia?


Muhamad Shahir Che Safie
930715-10-5983
Kelas MD 72,
Kolej Mara Seremban
















Monday, February 25, 2013

:(